Monday 30 January 2012

30 JANUARY 2012 - Jangan ekori aku


Jawapan:
Saya tidak diekori.  Lihat gambar saya, ada tak saya diekori?  Tidak bukan.
Jadi,usahlah risau.

Terima kasih.

Sunday 29 January 2012

29 JANUARY 2012 - Home Alone


Rumah ku, Syurga ku.
Kesunyian ketiadaan orang rumah.  hmmm..

Saturday 28 January 2012

28 JANUARY 2012 - Duo Terhebat


Kami adalah kumpulan duo nasyid.  Bukan Too Fat ok.

Friday 27 January 2012

27 JANUARY 2012 - The Cleaner Duo


Boss (Saya) dan rakan sekerja.  Bersedia untuk berkhidmat.

Thursday 26 January 2012

26 JANUARY 2012 - Awan Nano


Biru sungguh langit kan.  Biru warna kesukaan aku sebab jersi team Malaysia warna 
biru dan aku suka Chelsea.. 

Wednesday 25 January 2012

25 JANUARY 2012 - Blur


Blur. Gambar ini blur.  Bukan aku blur ok.

Tuesday 24 January 2012

24 JANUARY 2012 - Selamat Tahun Baru Cina Ke-2


Tahun Baru Cina ke-2, sekotak je lagi yang tinggal.  Itupun banyak kulit-kulitnya.

Nampak tak aku tengah serius je tu, aku tengah marah tu.  Aku belum lagi jamah limau, 
anak buah aku dah kebas awal-awal.. Jaga korang!

Monday 23 January 2012

23 JANUARY 2012 - Selamat Tahun Baru Cina


Gong Xi Gong Xi.. Mari-mari siapa mau limau.  Saya bagi free tapi bagi saya angpou ok..

Sunday 22 January 2012

22 JANUARY 2012 - Kuala Lumpur


Kuala Lumpur, senyuman mu.. di pagi ini......

Saturday 21 January 2012

21 JANUARY 2012 - Jack Sparrow?


Kapten Jack Sparrow sedia berkhidmat. Mana kru-kru yang lain... Ala, kapal dah karam...

Friday 20 January 2012

Thursday 19 January 2012

19 JANUARY 2012 - My Profile?


My Profile... Nothing?

Wednesday 18 January 2012

18 JANUARY 2012 - AWAK DULU


WAK LU...(Saya tak faham apa maksudnya)

aWak duLU...

Tuesday 17 January 2012

17 JANUARY 2012 - Rambut ku Panjang


Rambut Ku Panjang... Orang kata jembelang
Seluar aku ketat, seluar dia Bell-bottom.....
(Lagu Kumpulan XPDC)

Gunting rambut lah. Rimas! 
Lokasi kedai gunting rambut di sekitar jalan sempadan
Kg Kanchong Darat.  Mari kita support kedai gunting melayu ni.


Monday 16 January 2012

16 JANUARY 2012 - Aged-Photo


Kembali ke zaman 60-an.  Mari kita menyanyi irama lagu 60-an. 
"Di tepi..... rumah yang indah.. Aku berdiri seorang diri... Menangkap, Gambar sendiri....." 
(Cuba menyanyi ikut rentak irama lagu  "Hidup Bersama")

Sunday 15 January 2012

15 JANUARY 2012 - Rumah + Tangga = ?


Tangga dah ada, tunggu "Rumah" je belom lagi.. Agak-agak bilalah 
boleh ada "Orang Rumah" ye. 

Saturday 14 January 2012

14 JANUARY 2012 - Lorong yang sepi


Di lorong-lorong yang sepi,
aku menyendiri.. 

(Pergh ayat....... tak boleh blah)

Friday 13 January 2012

13 JANUARY 2012 - Solat Jumaat

Adeh,panasnya.  Berkerut muka aku menahan kepanasan.  
Baru je lepas sembahyang jumaat di masjid Kanchong Darat, Banting.

Thursday 12 January 2012

12 JANUARY 2012 - Merajuk ?


 Jangan lah merajuk pak cik.  Menyala rambut pak cik kalau merajuk sangat.
Nanti saya belikan rokok Pall-Mall merah ye.  Nanti dapat rokok nanti jangan nak merajuk lagi.

Wednesday 11 January 2012

11 JANUARY 2011 - REJECT!


Reject Shop:  Sampai hari aku tak tahu adakah barang-barang
dalam kedai Reject Shop tu barang-barang yang telah di-reject. 

Mood: BENGANG! >:-(
Aku di-reject berkerja di kedai itu kerana aku hanya mempunyai sijil UPSR.  Hinakah aku yang hanya kerana aku ada sijil UPSR je? Hinakah? ( Teremosi sudah... )

Aku tak puas hati maka aku pun tangkaplah gambar di depan kedainya menandakan aku di-REJECT!!

 (Sorry coz keadaan dalam plaza tu macam dalam gua.  Jadi gambar agak gelap sikit)

Tuesday 10 January 2012

10 JANUARY 2012 - Waja atau hati waja


Wajarkah aku mencuri kereta Proton Waja di belakang aku ini..?
Wajar waja....
Hati aku waja teruskan update potret hari ke-10.  Teruskan lagi....

Monday 9 January 2012

09 JANUARY 2012 - Mr Bean Malaysia?


Mr Bean Malaysia? Siapa-siapa nak mintak sain sila cepat sikit...

Sunday 8 January 2012

08 JANUARY 2012 - Syok ke bergambar dalam tandas??


Budak-budak remaja zaman sekarang terutamanya perempuan memang suka 
bergambar membelakangi cermin yang besar gedabak di dalam tandas.  

Aku pun nak cuba jugak apa yang seronok sgt bergambar dalam tandas.
(Plan nak tangkap gambar dari pandangan atas, buat muka comel dan muncungkan mulut... Mesti ada yang tak tidur malam..haha)

Saturday 7 January 2012

07 JANUARY 2012 - Nak cari kerja sampingan


Plan nak cari duit lebih. Tapi tak tahu lagi nak kerja apa.  
Kalau aku baraikan jentera buruk kat belakang ok jugak ni.  Jadi besi buruk dan jual.  Lepas duit minyak.
(jeling-jeling ke belakang)

P/S: Kereta berwarna putih di sebelah kanan saya adalah dikecualikan daripada dibaraikan.

Friday 6 January 2012

06 JANUARY 2012 - Hazami atau Hazamon?


Bertopi dan perwatakkan kekacakkan.  Ada sesiapa rasa nak muntah hijau tak?
Ada rupa seperti penyanyi Hazami tak?   Ok, ini Hazamon.  Bukan Pokemon.  Atau Digimon.  Atau pun Doraemon.   Ataupun Mon Hot FM. 

Thursday 5 January 2012

05 JANUARY 2012 - Entiti Paranormal


Aku ada 'bela' sesuatu.  Lihat di sebelah kanan.  Ada bayang-bayang.  Itu bukan bayang-bayang dari pancaran matahari.  Itu bayang-bayang 'benda' itu. Takut tak?

(Baru nak berjinak-jinak nak bela ayam.  Harga ayam sekarang dah mahal.... errrgghhh)

Wednesday 4 January 2012

04 JANUARY 2012 - Myself?



Muka berbintik hitam.  Produk apa boleh menghilangkan kesan bintik-bintik hitam ye? 

( Ada kawan suggest menggunakan daun cili... Boleh ke?)

Tuesday 3 January 2012

03 JANUARY 2012 - Self -Potrait di Bukit Jugra


POTONG! Baru nak SNAP aku dah tergelincir ke bawah.  Mari Mendaki ke Bukit Jugra.
Hehe..   (Terima Kasih Uncle Gedek sebab FOLLOW... heee)

Monday 2 January 2012

02 JANUARY 2012 - Rumah Impian?


Rumah aku.  Tersergam indah.  Dipagari dengan pagar kayu.  

Aku tipu.  Bukan rumah aku tetapi Kompleks Kraftangan Orang Asli di Pulau Carey.

Sunday 1 January 2012

01 JANUARY 2012 - Angry Birds marah!


Angry Birds, aku tak curi telur anak-anak kau lah. Jangan nak buru aku okey.