Wednesday, 11 January 2012

11 JANUARY 2011 - REJECT!


Reject Shop:  Sampai hari aku tak tahu adakah barang-barang
dalam kedai Reject Shop tu barang-barang yang telah di-reject. 

Mood: BENGANG! >:-(
Aku di-reject berkerja di kedai itu kerana aku hanya mempunyai sijil UPSR.  Hinakah aku yang hanya kerana aku ada sijil UPSR je? Hinakah? ( Teremosi sudah... )

Aku tak puas hati maka aku pun tangkaplah gambar di depan kedainya menandakan aku di-REJECT!!

 (Sorry coz keadaan dalam plaza tu macam dalam gua.  Jadi gambar agak gelap sikit)

Tuesday, 10 January 2012

10 JANUARY 2012 - Waja atau hati waja


Wajarkah aku mencuri kereta Proton Waja di belakang aku ini..?
Wajar waja....
Hati aku waja teruskan update potret hari ke-10.  Teruskan lagi....

Monday, 9 January 2012

09 JANUARY 2012 - Mr Bean Malaysia?


Mr Bean Malaysia? Siapa-siapa nak mintak sain sila cepat sikit...

Sunday, 8 January 2012

08 JANUARY 2012 - Syok ke bergambar dalam tandas??


Budak-budak remaja zaman sekarang terutamanya perempuan memang suka 
bergambar membelakangi cermin yang besar gedabak di dalam tandas.  

Aku pun nak cuba jugak apa yang seronok sgt bergambar dalam tandas.
(Plan nak tangkap gambar dari pandangan atas, buat muka comel dan muncungkan mulut... Mesti ada yang tak tidur malam..haha)

Saturday, 7 January 2012

07 JANUARY 2012 - Nak cari kerja sampingan


Plan nak cari duit lebih. Tapi tak tahu lagi nak kerja apa.  
Kalau aku baraikan jentera buruk kat belakang ok jugak ni.  Jadi besi buruk dan jual.  Lepas duit minyak.
(jeling-jeling ke belakang)

P/S: Kereta berwarna putih di sebelah kanan saya adalah dikecualikan daripada dibaraikan.

Friday, 6 January 2012

06 JANUARY 2012 - Hazami atau Hazamon?


Bertopi dan perwatakkan kekacakkan.  Ada sesiapa rasa nak muntah hijau tak?
Ada rupa seperti penyanyi Hazami tak?   Ok, ini Hazamon.  Bukan Pokemon.  Atau Digimon.  Atau pun Doraemon.   Ataupun Mon Hot FM. 

Thursday, 5 January 2012

05 JANUARY 2012 - Entiti Paranormal


Aku ada 'bela' sesuatu.  Lihat di sebelah kanan.  Ada bayang-bayang.  Itu bukan bayang-bayang dari pancaran matahari.  Itu bayang-bayang 'benda' itu. Takut tak?

(Baru nak berjinak-jinak nak bela ayam.  Harga ayam sekarang dah mahal.... errrgghhh)

Wednesday, 4 January 2012

04 JANUARY 2012 - Myself?



Muka berbintik hitam.  Produk apa boleh menghilangkan kesan bintik-bintik hitam ye? 

( Ada kawan suggest menggunakan daun cili... Boleh ke?)

Tuesday, 3 January 2012

03 JANUARY 2012 - Self -Potrait di Bukit Jugra


POTONG! Baru nak SNAP aku dah tergelincir ke bawah.  Mari Mendaki ke Bukit Jugra.
Hehe..   (Terima Kasih Uncle Gedek sebab FOLLOW... heee)

Monday, 2 January 2012

02 JANUARY 2012 - Rumah Impian?


Rumah aku.  Tersergam indah.  Dipagari dengan pagar kayu.  

Aku tipu.  Bukan rumah aku tetapi Kompleks Kraftangan Orang Asli di Pulau Carey.